From Pahang With Love


Ni anak sedara sebelah suami aku. Namanya Sofia & Dira. Kemana2 mereka pergi..mesti nak sama2, makan sama2, mandi sama2.. Kalau dah jumpa memang susah nak dipisahkan. Memandangkan aku dah berkahwen dgn Pak Lang diorg..secara automatik aku mendapat gelaran Mak Lang.

Diorang bdua ni..ada saja soalan utk ditanyakan kat aku. Contoh soalan..mak lang ade tak boyfren sebelum pak lang, adik bradik mak lang berapa org, kenapa pak lang punya rambut panjang?..mak lang ni cantiklah mcm siti nurhaliza..hahaa..lawak betulah diorg ni.





Nak masak apa untuk tetamu?

Sambil mencari resepi di internet terjumpa web TryMasak ni..siap da video tutorial cara nak masak..paling best ada game online tangkap telur..sambil masak nanti bleh main game.



Tanya pada diri~




Kes lain - Kekadang terfikir juga..seseorang ibu/bapa ingin anaknya jadi anak yg baik soleh/solehah...tp diri dia sendiri tak pernah nak berubah jadi yg baik soleh/solehah terhadap ayah dan ibunya.

Mutiara Kata 11/11/2012

 

 

Peluang yang dilupakan....

Kredit facebook - Dr Zainur Rashid Zainuddin 
Sekiranya kita mengambil masa sejam untuk sampai ke destinasi/pejabat tempat bekerja dan sejam lagi dalam perjalanan pulang, bererti kita akan memandu sekurang-kurangnya 10 jam seminggu atau 40 jam sebulan meredahi lalu lintas demi mencari rezeki.

Ini tidak termasuk perjalanan ke mesyuarat, ke pusat membeli belah, urusan percutian dan lain-lain. Apatah lagi sekiranya jarak di antara rumah dan pejabat itu jauh dan lalu lintas pula padat. Kita akan terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya, risiko keletihan, risiko menahan marah disebabkan kesesakan dan perangai pemandu-pemandu lain yang mungkin kurang beradab.

Ini bukanlah satu risiko yang kecil. Bahkan boleh membahayakan kesihatan fizikal dan mental kita semua. Adakah berbaloi untuk kita terus mengambil risiko ini secara berpanjangan ketika usia kita semakin pendek ?

Kita boleh mengubahnya.... Kita boleh menjadikan kebosanan memandu yang panjang dan sesak sebagai peluang.

Apa tidaknya....

1-Mendengar bacaan al qur'an
2-Mengikuti perkembangan dan berita-berita terkini
3-Mendengar tazkirah di radio
4-Mengulang bacaan al qur'an dan doa yang diamalkan
5-Berzikir dan beristighfar
6-Alunan seni yang merehatkan
7-Bersembang dan berbincang dengan keluarga/teman penumpang
8-Memerhati dan memiikirkan gelagat umat serta mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga detik-detik yang berlalu bersama kesesakan lalu lintas dan perjalanan yang panjang ini akan terus bermanfaat kepada umur kita yang semakin pendek....

minami wrote: daripada layan slot pagi di era, slot panggilan hangit yg dok kenakan org..lebih baik dgr radio ikim. skurang2nya dalam 1 hari ada juga perkara manfaat yg kita dengar dan ambil pengajaran.

Isu Semasa

Klik untuk tumbesaran - boley copy image nih jika berkenan. Kredit kits kpd www.afterfivedesigns.com


Kawen

Mari manfaatkan kata2 dari Dr. Asri. Semoga kita dijauhkan dari golongan yg menyusahkan perkahwinan...


credits kit scrapbook - www.afterfivedesigns.com & mediterrankadesigns.blogspot.com

Testing..1ST entry

Tengah takde idea nak berscrapbook... so sesajelah mendesign yg basic aje. seriusly..lepas download semua kits scrapbook yang berkenan dihati...tiba2 tiada idea pula... =)