Minggu ke-23



Nih kandungan dah masuk minggu 23, minggu depan masuk week 24 means usia baby sudah 6 bulan berenang2 kuak lentang dalam perut puan minami.

Pagi tadi pi check-up kat klinik then kene minum air gula. Berjaya jugak puan minami menghabiskannya dengan penuh bergaya diikuti pujian2 dari nurse...hehe.. Perut rasa sangat kosong kot sebab kene puasa dari mlm sampai pagi sblum minum air gula. Tuh yg dapat menghabiskan air manisan dgn cepat.

Rasa air gula tu macam rasa seperti kita makan gula...manis dan takde perisa.

Sepanjang pi check-up ni..HB je yg susah nak naik2. kekadang 10+, harini turun jadi 8.7. kene minum sel darah merah banyak2..


Siapakah Labu?

Labu adalah anak jantan si Dagu. Nama sebenar beliau adalah Kelabu. Dia adalah seekor anak kucing yang agak bijak dari segi membuang najis. Disaat dia sedang bermain dan tetiba rasa nak kencing or berak..dia akan pergi masuk ke dalam litter box nya. Lepas membuang najis biasanya dia akan kesat tangan dan kaki kat tepi2 penjuru box supaya takde pasir berak yg melekat dikaki dan tangannya.



Nak training Labu amek masa tak lama sebab dia anak kucing dan mudah belajar. Berbanding dengan si ibunya, suka berfikir dan berak di luar kotak litter. Susah benor nak ajar berak di tempat yang betul. Barangkali kurang keyakinan diri utk berak dalam litter box..

Haritu lepas beberapa hari memandulkan si Dagu, kami cuba melepaskannya keluar hidup diatas tanah memandangkan dia sendiri asik nak keluar dari rumah kami. Mungkin teringin nak idop bebas. Tak sampai 1 jam dah balik semula ke rumah.. pandai mu cari tingkat rumah kami yek. Lepas tu terus insaf taknak keluar rumah.



About Cinta Hati

Cinta hati puan minami adalah Tuan Nazim:-

Bila dia boring dia suka menembak dalam game Ghost Recon   --> Bobi & Nini Emoticons 28

Bila dia takde keje, puan minami akan menjadi mangsa geleteknya.. --> Bobi & Nini Emoticons 4

Dia kuat makan  --> Bobi & Nini Emoticons 44
Bila seluar track dia koyak, puan minami akan jahit  --> Bobi & Nini Emoticons 49