Tanya pada diri~




Kes lain - Kekadang terfikir juga..seseorang ibu/bapa ingin anaknya jadi anak yg baik soleh/solehah...tp diri dia sendiri tak pernah nak berubah jadi yg baik soleh/solehah terhadap ayah dan ibunya.

Mutiara Kata 11/11/2012

 

 

Peluang yang dilupakan....

Kredit facebook - Dr Zainur Rashid Zainuddin 
Sekiranya kita mengambil masa sejam untuk sampai ke destinasi/pejabat tempat bekerja dan sejam lagi dalam perjalanan pulang, bererti kita akan memandu sekurang-kurangnya 10 jam seminggu atau 40 jam sebulan meredahi lalu lintas demi mencari rezeki.

Ini tidak termasuk perjalanan ke mesyuarat, ke pusat membeli belah, urusan percutian dan lain-lain. Apatah lagi sekiranya jarak di antara rumah dan pejabat itu jauh dan lalu lintas pula padat. Kita akan terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya, risiko keletihan, risiko menahan marah disebabkan kesesakan dan perangai pemandu-pemandu lain yang mungkin kurang beradab.

Ini bukanlah satu risiko yang kecil. Bahkan boleh membahayakan kesihatan fizikal dan mental kita semua. Adakah berbaloi untuk kita terus mengambil risiko ini secara berpanjangan ketika usia kita semakin pendek ?

Kita boleh mengubahnya.... Kita boleh menjadikan kebosanan memandu yang panjang dan sesak sebagai peluang.

Apa tidaknya....

1-Mendengar bacaan al qur'an
2-Mengikuti perkembangan dan berita-berita terkini
3-Mendengar tazkirah di radio
4-Mengulang bacaan al qur'an dan doa yang diamalkan
5-Berzikir dan beristighfar
6-Alunan seni yang merehatkan
7-Bersembang dan berbincang dengan keluarga/teman penumpang
8-Memerhati dan memiikirkan gelagat umat serta mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga detik-detik yang berlalu bersama kesesakan lalu lintas dan perjalanan yang panjang ini akan terus bermanfaat kepada umur kita yang semakin pendek....

minami wrote: daripada layan slot pagi di era, slot panggilan hangit yg dok kenakan org..lebih baik dgr radio ikim. skurang2nya dalam 1 hari ada juga perkara manfaat yg kita dengar dan ambil pengajaran.