DAGU

Ni Dagu, oleh kerana dagunya kedepan, jadi kami panggil kucing ni Dagu. Kucing ni dah takda tuan dan selalu merayap disekitar level rumah puan minami. So untuk sementara waktu kami membela nya. Si Dagu ni baru lepas pantang. Anak yg hidup cuma ada seekor..kami namakan Kelabu.

Sebelum melepaskan nya kembali ke tanah, diharap dapat memandulkannya secepat mungkit. Kesian tengok anak2 kucing gelandangan yg bersepah kat area rumah flat ni..ada yang putus susu & kelaparan, ada yang mati kene langgar lari dan di lenyek kenderaan.




Beli kat sini..murah giler - http://airwalk-kucing4sale.blogspot.com/

Mula2 kene beli sangkar utk kucing..belilah yg besar sikit 3 tingkat agar kucing bebas melompat riang ria.

Pastu kene train kucing berak dalam sangkar..biasanya taik2 kucing ni, sang suami yg handle. yey..hubby nggak menggalakan aku menguruskan taik2 kucing ni kerna aku sedang hamil..

utk pengetahuan umum-wanita hamil tak digalakkan menguruskan kucing sbb sesetengah kucing ada parasit. Jika dijangkiti parasit dari kucing or apa saja ternakan yg dibela bleh memberi kesan pada kandungan. So kene jaga kebersihan selalu. After pegang kucing kene cuci tangan bersih2.





Meh pikir bersama-sama

ni aku amek dari entry blog aku yg dah tak aktif...lama sudah. aku suke kenyataan Hilal Asyraf ni.
Meh baca sama2:-

"Saya rasa hairan dengan orang-orang kerajaan saya yang sering berkata:
"Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri."

Pertamanya, kerajaan saya kena sedar, itu semua memang tugas kerajaan. Nanti, bila orang lain pegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka perlu buat kerja yang sama juga.

Keduanya, kerajaan saya kena sedar bahawa kerajaan saya yang pergi amalkan demokrasi. Demokrasi adalah berasal daripada perkataan greek yang bermaksud "Kuasa Rakyat". Maka, anda memang berhak ditukar sebenarnya. Sebab tukar kerajaan, memang antara amalan demokrasi.

Ketiganya, kerajaan saya kena sedar bahawa, kami sebagai rakyat ni ok je dengan kerajaan. Bila kerajaan kami silap, kami beri teguran dengan baik. Tetapi lihatlah apa yang kerajaan kami telah lakukan kepada kami selama ini. Sebab itu ada antara kami(dan bilangan ini semakin membesar dari hari ke hari), ingin menukar kerajaan yang kami ada sekarang.

Keempatnya, Janganlah samakan rakyat dengan parti lawan. Kami rakyat ni, tengok mana yang boleh persembahkan yang terbaik kepada kami. Maka kerajaan kami, kalau benar nak kami pilih, buatlah yang terbaik. Janganlah ungkit jasa. Kami bukan tak nampak. Jangan momokkan kami dengan itu ini. Kami bukan tak belajar.

Kelima, Jangan momokkan kami dengan keburukan parti lain. Kalau parti lain buruk, kami tukar juga nanti. Jangan risau. Jangan ingat kami bodoh. Kami bukan hidup kerana parti.

Jangan sampai kami list semua keratan akhbar, kenyataan kerajaan, peristiwa-peristiwa zalim kerajaan, ketirisan, korupsi kerajaan terhadap kami selama ini.

Susah ke sekadar tukar ke arah yang lebih baik?
Mudah sebenarnya.
Jadi susah hanya kerana nak jaga ramai kroni.
Jadi susah sebab banyak liabiliti.

Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar,
maka kerajaan saya kena tukar dirinya ke arah yang lebih baik.
"


sumber - Hilal Asyraf(Official) facebook.

 ..meh jenguk web Hilal Asyraf http://langitilahi.com/

Sempena PRU13..

Cita2 nak mengundi ditempat asal tak kesampaian..kerana kekangan masa dan perut sudah muncit kedepan. Sangat tak digalakkan travel balik kampong naik bas ke selatan sorang2..makanya lepas ni puan minami kene tukar alamat undi di tempat yg bersesuaian. Tunggu 5 tahun lagilah jawabnya.

Kat bawah ni gambar2 hasil tangkapan di fesbuk n google~mari baca bersama..

 







Shopping Barang Baby

Harini kat opis rase penat, letih n lenguh kaki...hasil kegigihan hari semalam bershopping di expo maternity n baby kat mid valley.



Dengar je sang suami ajak pi mid valley, aku terus jadi semangat. Almaklumlah ter-excited nak sambut anak sulung. Semangat bershopping sgt berkobar2. Jalan pon nak laju2 sampai sang suami tertinggal kat belakang.. Hahaa. terus cik suami bersuara.."Amboi semangat bukan main lgi, gandingan tenaga ibu dan anak ker?..". Aku pon cuma sengeh2 macam kerang busuk.

1st time datang expo, aku banyak cuci mata and survey harga barang. Walaupon dah buat senarai barang yg nak dibeli, tapi tak banyak pon barang yang dibeli. Antara yg aku beli..romper carters, kain bedung, tungku elektrik and lain2. Nak beli barang2 yang lain tapi hati berbelah bagi sebab tak sempat survey harga barang yg dijual secara online. Aku prefer beli online kalo harganya jauh lebih murah berbanding harga barang kat expo.

Next expo bulan Mei ni plak..harap2 nanti banyaklah barang yg dapat dibeli. Anak ummi jangan lupa berganding tenaga dgn ummi ye. Ummi nak round2 semua booth yang ada dalam expo...huh.. macam larat je. Sampai rumah kang termenung kepenatan.

Anak ummi baru 15 minggu
Ni gambar masa scan masa 15 minggu, sekarang baby dah 16 minggu. Dokter cakap anak ummi membesar bagai sang juara. Baru 15 weeks tapi besar dah macam 16 weeks. Masa scan, nampak kamu gerak2 pastu sambung tido semula. Nice act..

Ummi tak tau lah kamu ni laki ker pompuan, jadi ummi beli pakaian yg unisex..laki or pompuan bleh pakai. ^_^